Saturday, June 11, 2011

Pengemis Cinta Illahi..


Asalammualaikum,,Ary neyh saya nak reka cerpen bertajuk Pengemis Cinta Illahi..



Nurul Alisyah seorang penuntut di sebuah universiti yakni Universiti Putra Malaysia.Dia seorang yang masih jahil dalam bab-bab agama namun dia menganggap bahawa dia tidak jahil dan sentiasa berlagak bahawa dirinya sahaja yang benar.

Suatu hari,ketika dia hendak mengambil wudhu' di surau berdekatan universitinya untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah dia terlihat orang di sebelahnya mengambil wudhu' dengan begitu sempurna.Dia berasa tersentuh hati melihat kejadian tersebut kerana selama ini dia hanya mempermainkan pengambilan wudhu' ini dan merasakan wudhu'nyalah yang terbaik.

Sejak dari kejadian itu,dia mulai ingin bertaubat dan sentiasa membeli buku mengenai agama di sebuah kedai buku yang terkenal dengan buku agamanya..

Suatu hari,ketika dia sedang membelek-belek buku untuk dibelinya dan tanpa disedari dia tersentuh tangan seorang lelaki dan dengan muka yang merah padam dia segera meminta maaf kepada lelaki tersbut.Lelaki tersebut hanya tersenyum sinis dan memperkenalkan dirinya.Namanya ialah Bront,dia seorang jejaka yang beragama Kristian dan ingin memasuki agama Islam tetapi dia tidak mengetahui bagaimana hendak masuk Islam.Jadi dengan terpaksa Alisyah terpaksalah menjadi pembimbing sementara buat jejaka ini.

Semakin hari semakin rapat hubungannya dengan lelaki tersebut.Kini lelaki tersebut sudahpun masuk Islam dan namanya Islamnya ialah Firdaus.Keesokan harinya,lelaki tersebut ingin berjumpa dgn Alisyah.Dengan tidak semena-mena lelaki itu melamarnya.

Tetapi,dalam hatinya ada satu sahaja Cinta iaitu Cinta Illahi..Sekarang dia masih meminta-minta Cinta daripada Illahi seperti Pengemis Cinta Illahi..Hatinya tenang..


No comments:

Post a Comment